PROFILE

My name is amalina & is currently in my sweet 19. I hate outdoor activities but enjoy main boyan atas bukit. nutin particular.bakal pelajar uiam.kuliah undang-undang shariah insyaAllah.


CHATS


CREDITS

Designer: Audrey
Codings: Cynna
Others: Cyworld, C.Cottage




muhasabah cintaku??
Wednesday, June 1, 2011

salam alaik..

tajuk penuh kontrobesi..bab cintan-cintun..lama kot xtulih.xckp n even xpkiaq pasai suma nih..thank GOD..so,buat mereka-mereka yg baca nih[yakni hamba Allah yg taw entry aku kali nie adalah untuk hang]..segala usaha ang..aku hargai..tapi kalau ang faham apa yg aku mau dan ang sedaq n berhenti teroih dari buat benda yg aku xsuka[xkacau aku,paksa aku n etc..etc].aku teramat sangatlah lebih menghargai tu..walaupun ayat ni mcm kojaqqq ja..tapi terus terang jala..aku xdak hati kat sapa-sapa,n xberhasrat,xtunggu sapa-sapa,n XMAU APA-APA dari SAPA-SAPA pon.okay??

sebenaqnya nie antara ayat-ayat yg aku suka..n baca berulang-ulang kali dari blogger doktor cinta nih..merangkap doktor hati aku gakla..so,aku baca lagi harini,sebagai peringatan dan pengajaran untuk diri aku sendiri..insyaAllah..





Sebenarnya, aku tidak rela memberikan seluruh cintaku ini kepada sesiapa pun, apatah dalam masa terdekat ini. Itu yang sudah ku bicarakan tentang perihal nafsu. Perihal keseorangan dan bersendirian. Perihal menjaga hati. Moga Allah mengampuniku seluruhnya. Aku bukanlah insan terbaik untukmu. Terima kasih andai engkau sudi menungguku. Jika engkau memikirkan kesempurnaan dariku, usah lah engkau berharap lebih. Kerana aku hanyalah seorang wanita akhir zaman yang punya secebis harapan untuk mencintai seorang lelaki yg kelak bergelar suamiku,insyaAllah.



Semalam dan hari ini aku diuji dengan kesakitan lagi. Mungkin sebagai kifarah dosa. Alhamdulillah, Allah telah menyembuhkanku walau bukan sepenuhnya lagi. Tekak masih perit untuk menelan tapi aku cuba untuk gagahi. Aku akan menantimu kelak, apabila aku kesakitan begini, pasti engkau akan menjagaku. Di sini, aku masih punya sahabat yang menjagaku dan pastinya aku sendiri yang akan menjagaku sendiri. bersyukur la amalina!!




Ya Allah,seandainya setiap kali aku mengingati-Mu dalam setiap langkahku, dalam setiap bicaraku, aku pasti aku tidak seberani ini untuk memungkiri janjiku dengan pencipta-Ku. Ya, semuanya kerana aku yang lupa. Aku lupa yang Engkau pemerhatiku. Aku lupa yang Engkau bakal menghisabku atas segala amalanku. Masih ada ruang untuk Engkau menerima cintaku?

Penyesalan adalah taubat. Aku ingin kembali kepada-Mu. Ku ingin basuh segala dosa-dosaku dengan mencintaimu. Jika aku sendiri merasakan begitu derita dalam mencintai manusia, aku sendiri akan berpaling kepada kamu kembali mencintai Kamu. Jika aku sendiri pernah merasakan hidup yang Engkau kurniakan ini tidak adil bagiku, aku akan segera bertahajud kepadamu memperbetulkan sangkaanku kepada-Mu kerana aku tahu Engkau itu berada pada sangkaan hamba-hambaNya.



Izinkan aku untuk kembali meraih nur kasih-Mu. Meskipun aku cuma pendosa....


***



Meskipun kita pendosa, Allah itu sedia menerima taubat hamba-hambaNya. Meskipun kita cuba untuk menyembunyikan derita di sebalik senyuman kerana dosa-dosa, Allah itu sentiasa di sisi membantu kita mengharungi kehidupan. Dia menguji dan Dia yang menunjuk jalan keluar.





Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

p/s : suma nih dari blog doktor cinta tuh..so jenguk la blog dia selalu kalo ada penyakit hati okay :)
kepada yg berkenaan silalah terasa hokey.insyaAllah.akan ada gak sumone untuk ang..tayah gelojoh.tunggu ja.okay..may peace warahmah be upon uolls (:

Labels:

| Written @ 4:03 PM | back to top
1 Comments ? leave me one?

1 Comments:

Anonymous alynn said...

amalina fadzil ? why ? lain macam ja bunyi post kali neh ? gerun alynn baca . heee :D btw , sabar nahh /

June 1, 2011 at 5:58 PM  

Post a Comment