PROFILE

My name is amalina & is currently in my sweet 19. I hate outdoor activities but enjoy main boyan atas bukit. nutin particular.bakal pelajar uiam.kuliah undang-undang shariah insyaAllah.


CHATS


CREDITS

Designer: Audrey
Codings: Cynna
Others: Cyworld, C.Cottage




Spaghetti Bolognese Cincai [6 orang]
Saturday, May 28, 2011

Spaghetti Bolognese Cincai [6 orang]


Bahan-bahan :


-500 gram spaghetti (sepeket)
-500 gram daging ayam cincang
-200 ml susu
-1 labu bawang besar  – dicincang halus
-1 ulas bawang putih – dicincang halus
-1 tin  Prego
-4-5 tomato segar ranum - didadu
-2 batang celery – didadu kecil
-1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
-Sedikit garam dan gula secukup rasa
-3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
-2 sudu besar butter
-Parutan keju parmesan – untuk menghidang

Cara-cara :
-Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat.  Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

-Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau.

-Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

-Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.

-Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

-Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan pregoi dan tomato segar. Guna tin prego itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah.
-Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.

-Masukkan garam dan gula secukup rasa.
-Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
-Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.



nah..yang ni close up seket



selamat mencuba!

p/s : siyes bnyak gila..so kalo org yg nk makan tu xramai..kurangkan semua jumlah bahan-bahan jadi setengah ja..n pada sesapa yang xsuka prego nak pakai tomato puri bleyh klik sini. terima kasih bebanyak kepada auntie yg buat resipi ni.ada susu lagi sedap..mcm adek aku kata YUMMILICIOUS.

Labels: ,

| Written @ 8:25 PM | back to top
0 Comments ? leave me one?

0 Comments:

Post a Comment