PROFILE

My name is amalina & is currently in my sweet 19. I hate outdoor activities but enjoy main boyan atas bukit. nutin particular.bakal pelajar uiam.kuliah undang-undang shariah insyaAllah.


CHATS


CREDITS

Designer: Audrey
Codings: Cynna
Others: Cyworld, C.Cottage




CHAPTER 2 : sebetoi-betoi tutup aurat
Tuesday, April 12, 2011

amaran : tiap patah kata yg ada dlm blog nie xmerujuk atau berkisar mngenai kisah mana-mana individu sama ada yg masih hidup atau tak..atau yg berblog-ing ataupun x.okay??

KES 1

memakai tudung adalah satu kewajipan berhijab dalam Islam bagi wanita yang telah baligh.Ini berdasarkan firman Allah S.W.T dalam ayat 59 surah Al-Ahzab dan ayat 31 surah An-Nur.Meninggalkan kewajipan berhijab atau memakai tudung adalah berdosa.Mengingkarinya atau mengejek orang yang memakai tudung pula boleh merosakkan akidah kerana mengingkari sesuatu yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan juga melakukan kesalahan mengejek amalan sesebuah agama.

wanita-wanita yang memakai hijab hendaklah bersyukur atas hidayah yang Allah telah berikan  kepada mereka,tetapi tidak menjadikan amalan hijabnya sebagai satu alasan untuk memandang rendah wanita lain [yang tidak berhijab] kerana sifat sedemikian adalah keji dan sebahagian daripada penyakit hati.apabila wanita menjaga auratnya daripada pandangan lelaki bukan muhrim,bukan sahaja menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita muslim keseluruhannya.syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik [tapi janganla pakai kain lusuh pulak] serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

pakaian bagis eorang wanita mukmin itu bukan sahaja menutup auratnya,malahs ekligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita,iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita,dan tidak berhis-hias yang mana akan menjadi daya tarikan kepada lelaki bukan muhrimnya,sekaligus pakaian boleh melindungi wanita daripada menjadi bahan gangguan lelaki.

kewajipan bertudung tidak terlepas daripada tanggungjawab setiap wanita yang beragama Islam..sama ada baik atau buruk akhlak mereka,itu adalah antara mereka dengan Allah.aurat wajib ditutup tetapi dalam masa yang sama,perbaikilah kesilapan diri.tudung di luar,tudung di dalam gak[hati].


KES 2

-entry ini wujud hasil kesinambungan daripada artikel atau post di blog abg ben ashaari.klik sini..dan ada lagi..tp entry dia bnyak sangat aku baca..konpius suda~

-baru sekarang aku paham..kenapa umi waled aku marah bila ada yg nak try pakai yg bukan-bukan walaupun di pandangan mata kita dah ok.cukup labuh,xpon boleh pakai inner atau handsock tuh.tapi di pandangan laki??mata masyarakat yg xpakai macam tu??tambah-tambah org tua-tua..tok aku kata leyh COLLAPSE kalo tengok kami pakai cam tu..[2pon kalo dia ada sakit jantung la]..siyesly.


-ehh sapa kata aku xpakai jeans??xpakai bodyshirt bla..bla..pakai.[sebab depa juai semua jenis tshirt cam tu kat mall].tapi alhamdulillah..hasil monitor bertauliah yg sngt efisyen yakni dari umi wlaed aku..aku xpakai keluaq lagila...xpon kalo gamak nak keluaq pakai jeans..selalunya ada jubah kot luaq..tapi..sebenaqnya..menutup aurat bukan wajib pakai jubah dan tudung yg labuh mcm alas meja okay..ubah la pelan-pelan..kalo ya pon pendek/baju ikut body ,jgnla pendek/ketat  sampai ada org kata "kalo pakai ceni,bek tayah pakai apa langong".


-sapa kata kalo pakai baju kurung xVOGUE haaaa??sapa??sapa??ana raffali pon pakai baju kurung..mcm-macam pattern lagi uollss..sebenaqnya semua gantung pada niat masing-masing..pakaian adalah satu asasi dan keperluan dalam hidup..tapi pakaian macm mana pulak yg menjadi keperluan agama kita.agama islam..tepuk dada tanyala iman k..lumrah wanita sukakan kecantikan..tapi biaq biasa-biasa sudah..dok susah payah jadi luaq biasa watpa..kalo cantik..pakai apa pon cantik..[ayat pujuk diri sendiri nih].tapi bila anda lagi cantik..lagila kena tutup..okay..


-kenkadang ada parents atau suami atau sapa2 jala yg terdekat tegur pasal pemakaian.,kita marah,bagi macam-macam alasan..[termasuk la aku]..tapi..hurmm..pendek kata,beringat sebelum kena la..kita patut bersyukur dapat nikmat iman dan islam sejak lahir..semua benda ni kita belajaq pulak tu..solat,tutup aurat n etc..etc..jgn sampai sebab kedegilan,keangkuhan dan ketaksuban dengan nak cantik nih buat Allah tarik balik segala nikmat..xpon bagi kifarah [balasan atas dosa] kat kita..nauzubillah..


lastly but not leastly..kita patot bersyukur..ada jugak orang yang tolong ingatkan kita..jadi cermin kalau kita buat salah..cuba kalo hidup dengan family atau suami yang xkisah langsung atau lebih teruk tatau langsong bab-bab agama ni..rugi..tiap teguran kita kena terima..jangan pulak jadi sombong,marah-marah..orang buat apa ada rasionalnya..mungkin tu salah satu cara Allah nak didik balik hati kita..tanda DIA sayang pada hambaNYA..kalau rasa diri tatau bab agama..sila lah ringankan diri anda untuk belajaq..dah belajaq,kena faham..dan amal [tu yang susah sekali sebenaqnya..tapi kena selalu doa..mintak Tuhan tetapkan hati kita]..


.panjang lebar tulis hari nih..ouh.yang pasti aku bukan ustazah..atau apa2..tapi aku cuma manusia biasa dan rasa nak kongsi entry nih ja..harap-harap pandai tulih,pandai la buat naaa amalina..sama la untuk orang-orang yg sudi baca..TRIMAS..aku sentiasa doakan semoga Allah bagi  yg terbaik untuk semua dan jugak aku..allahumma aminnn :)

Labels:

| Written @ 4:22 PM | back to top
2 Comments ? leave me one?

2 Comments:

Blogger Misz Jenny said...

suka!

April 12, 2011 at 8:23 PM  
Blogger amalina fadzil said...

trimas baca :)
i lap u lah cik jenny

April 13, 2011 at 7:14 AM  

Post a Comment